kadang2, bila pegi kedai stationary kat bawah ofis ni…beli lah juice ke, pos ekspres ke..pen ke, selalunya bila dia nak bungkus ngan plastik, laju je aku cakap…” aaa, tak payah…” .
sampai tauke tu cakap ‘bagus lah u, save the planet’.
tapi serius rasa best gila kalau buat camtu. walaupon sehelai plastik. bayangkan kalau dalam sehari, sejuta manusia kata ‘tidak’ pada plastik bag. hoooo~~~ banyak tu terselamat dunia kita ni dari sampah yg tak perlu.
apa kata, kalau tak perlu (setakat beli pen sebatang, atau roti gardenia sebuku) , takyahlah bungkus plastik beg…..balik rumah buang jugak.
rasa bes wooo bila buat benda baik camni, biarlah perkara kecik pon… eh, kalau dah semua org buat camtu, jadi besar tau.
Recent Posts
- 3/10/2010 • Najib masuk hospital lagi…
- 3/09/2010 • Nihon Tabi 8: kawan-kawan
- 3/06/2010 • Nihon Tabi 7: Rumah Orang Jepun
- 3/05/2010 • Hutang untuk Kahwin?
- 3/04/2010 • Nihon Tabi 6: The Wedding
- 3/03/2010 • jikalau anda, bagaimanakah?
- 3/03/2010 • Contest: Gaya Kreatif Anak Tudung Nara
- 3/02/2010 • abangnara.com
Selain ini, ada juga....
|
|
|
|
|







sama la kita… aritu mai sindir cashier kat jusco… kalau pegi jusco la paling byk dpt plastik.kalau gi konbini tu mmg selalu tolak plastik… kalau la ada alternatif utk bekas polisterin waktu lunch.. bawa bekas bento tiap2 hari ke…heheh
Memang best. J pun selalu buat kalau ke kedai runcit bawah rumah. Kalau singgah lepas balik dari sekolah, sumbat je dalam handbag, beg lappy atau beg buku yang ada kat tangan… Kalau gi Tesco & Jusco pun J selalu bawak beg tesco & jusco.. Mungkin apa yang kita buat tu nampak kecik je, tapi Besar impaknya kepada alam sekitar..
Samalah. Alia pn selalu ckp tak nak plastik.
Lps tu bila tgk jalan keluar kedai, terasa macam dah berjasa kepada dunia. Rasa macam on top of the world.
Tp cashier selalu macam, “ha? betul tak nak plastik?” Haha.
wah, dah 3 org ni. dari kita pon dah beratus plastik setahun dijimatkan. yey!!
betullah, rasa mcm on top of the world kan bila buat kebajikan camni….
syabas inspektor sahabbb!
aku turut menyokong usaha murni mu itu. masuk tahun baru ni aku nak try bawa shopping bag sendiri pulak, lagi besar punya plastik boleh dielakkan. tapi asal masuk jek mall slalu lupe laa pulak. kena letak shopping bag dlm handbag siap2 baru ingat kots. nak cari shopping bag cun2 laa baru semangat nak pakai.. haaa.. shopping lagi!