Salam!
wah, pecah rekod ya.
Maaf lah. Mmg angin pregnancy saya ni – malas online. hehhee. nak bukak blog sendiri pon takut, sbb tahu blog LS8 ni bersarang tak ingat. hehehe.

eh, naper cam tak nampak perut ku ituu?
Nampak tak muka yg agak tembam itu? bila tanya Encik SUami, dia kata “biasalah orang pregnant”. Oh at least please lah bagi kata2 comfort macam ” Ala~ sikit je naik muka tu ” . hahaha
Actually aku suka perubahan2 yg jadi sejak pregnant ni. Badan naik, muka tembam, perut bulat, semuanya I like~~
Cuma agak jadi MALAS nak stylo mylo dan ber make-up. Aku berubah jadi orang yg simple aje, malas nak tengok cermin. Haa…baby boy ke baby girl??
Adios…insyaallah pasni saya berblogging lagi, rumah pon dah ada internet.
Posted in blogging.
By nafnaf
– September 1, 2010
Salam semua.
Saya sudah 13 minggu! yey. alhamdulillah, segalanya rasa dipermudahkanNya. Cuma harap maklum yg perangai saya berubah agak ketara, terutamanya berkaitan ngan updating blog/internet. takde perasaan langsung nak bukak laptop hari-hari.
Kontra betul masa dulu, hari2 wajib baca blog kawan2. Perangai ni actually sama cam perangai Encik Suamiku, tu lah dulu aku suka mengata dia tak IT langsung, now dah jadi kat aku. huhuhu
ANyway, skang ni tgh busy pulak nak berpindah rumah. Dapat kunci pon betul2 sebelum puasa, mmg kelam kabut. Takkan time bulan poser nak pi merayap cari lampu kan, mmg kompem menangis tak berlagu! so segalanya aku kena buat minggu ini! (dapat kkunci isnin ni)
eh, korang ada tips2 persediaan pindah rumah? macam blurr lah tak reti mana nak start.
mari2 layan gambar rumah2 cantik penuh inspirasi kat Apartment Therapy.com jom~~

cantiknya! minus the carpet
oh sapa2 yg ada soalan , sila email ke lorongsetia8@gmail.com ek. jgn komen , lambat di reply, kalau email cepat skit .
Posted in blogging.
By nafnaf
– August 4, 2010
salam semua!
hai hai hai~~ pekaba semua??
last week kitaorang adik beradik pegi tgk Konsert Yuna. Adik I , Bang Nara tu dapat jemputan as press, so kitaorg pon join skali lah. eh, tapi kitaorg beli tiket tau ! support local music. aceh. over pulak hehe.
Best sangat! mmg tak lah semua orang sukakan muzik Yuna ni, tapi kitaorang ni dari dulu masa Yuna still tak famous pon dah minat dia.
Tapi apa aku nak cerita ni, ialah dari apa yg aku observe . Yuna, she got talent. ramai lagi juga yg ada talent, mungkin bukan talent menyanyi atau menulis lirik. tapi mungkin talent seperti Design baju, Tulis Puisi macam adikku Nonoe, bakat main bowling, bakat melukis…atau bakat menulis sekalipon
Tapi kemanakah bakat2 kita tu kita halakan? adakah sekadar terkubur di alam blog (hint to Nonoe), atau terkubur di kanvas pastu simpan bawah katil? atau sekadar kita sendiri yg tahu kewujudan bakat kita tu?
Aku rasa, Yuna mampu ke tahap ini (pasni ni dia akan ada album for US release pulak), kerana ibu bapa & dirinya sendiri, YAKIN terhadap bakat yg dia ada. Ibubapa Yuna pasti bagi galakan POSITIF dari dia kecik, kalau tak takkanlah dia boleh tulis lagu pada seawal umur 15thn kan?
Ya, mungkin ada tuah Yuna , tapi tanpa galakan ibubapa rasanya tak kemana. Insyaallah, nilai2 positif akan membawa kejayaan pada kita, kerana kejayaan dalam hidup sendiri adalah perkara yg kita semua mahu. betul tak?
oraits, tiba2 byk pulak idea kan lama tak jenguk blog ni…hehe


wajah2 terhibur

ala BangNara, ko belanja ajalah kitaorang (tgh negotiate tiket yg belum dibayar walhal konsert dah habis)


Nonoe yg happy sbb BangNara belikan CD utk dia. Oh jgn tak tau, selalu org salah sangka ingat dia ni Yuna

ehemm , sudah terbau2 nasi minyak

apa motip?
Posted in belakang tabir BeautifulNara, i like, my thoughts.
Tagged with albumbaru Yuna Decorate, gambar masa konsert yuna, konsert yuna.
By nafnaf
– July 27, 2010
dah 3 org aku baca kat blog kata pasal ‘my life changed 360 degree’
cuba kita ingat balik pelajaran matematik tingkatan 2.
bila kita buat 360 darjah, kita akan kembali ke tempat asal.
maka, sebenarnya hidup kita tidak berubah apa2?
ke aku yg salah konsep ? bukankah deorg patut kata ‘my life changed 180 degree?”
entahlah.
esok ada check-up 12 weeks! harap2 pasni I’m beaming with energy! (dan idea utk menulis blog juga…)
Posted in my thoughts.
By nafnaf
– July 19, 2010
Alhamdulillah perubahan sejak pregnant ni tak teruk sgt. Ada org yg muntah-muntah, morning sickness pagi petang siang malam. alhamdulillah aku just loya & pening waktu kol 5 ke atas. pandai ya, lepas abis waktu kerja baru loya2, mmg kena balik berehat. tiada lagi appoinment jumpa client malam-malam….
Tapi aku masih belum boleh menarik nafas lega , kerana kalau ikut kiraan doktor ( by baby’s development) , aku baru je masuk 10weeks. Still awal nak kata takde muntah-muntah kan?
takpe aku redha je apa yg jadi…hehehhe. for now, perubahan paling ketara ialah hidung aku ni jadi sangatlah sensitip! bau2 yg org takleh bau , semuanya aku dpt sense. PErfume semua dah takleh pakai , sbb pening!
eh, bukankah entry ni pasal cerita Palazzo?
Sebenarnya, aku dok mencari2 seluar Palazzo ni dah lama, tapi macam susahnya nak jumpa. Oh ok aku mengaku aku tak cari pon. Hehehe. tapi mmg susah nak jumpa!
Sehinggalah dok tgk jenama ID PErempuan yg sangatlah makin femes tahun ini….
seluar berangin yg guna getah, so sesuai utk wanita mengandung macam saya ni! hehe

boleh pakai ngan blouse/blouse kurung
siap aku terpikir, boleh pakai ngan kebaya pendek tu (daring skit lah tapi), sbb ala-ala nampak mcm skirt/kain gak seluar ni.


Ada byk warna gak la, pink oren darkbrown hitam putih purple pekat, merah….
sangat sesuai utk raya.!ada dijual oleh ButikNAra.com (aceh tetiba jadi iklan hehehhe).
gambar aku pakai ni kena snap2 dulu lah yer….

Posted in baju, i like.
Tagged with mana nak beli seluar macam skirt, pallazo id perempuan, seluar palazzo id perempuan, seluar palazzo kaki besar, zaiton alias ID perempuan.
By nafnaf
– July 8, 2010
hukhuk. teruk ni. makin parah!
saya akan cuba sedaya upaya utk update ya! sangat busy sekarang + mood asyik berubah + World Cup .
gambar perut pon belum sempat amik. kena posing guna baju yg sama, selama 9 bulan berturut2 pastu buat collage. hehehe
Posted in blogging.
By nafnaf
– July 6, 2010
Salam Semua! wah, lama betul tak update ya, pecah rekod ni! maaf ya hehhe.
Anyway, selepas 2 tahun aku tak buat income tax ni, mula-mula masa keje dulu mmg tak perlu sbb tak eligible, pastu buat tatau je, now tahun ni aku menjadi rakyat yg bertanggungjwb utk declare income tax.
last min tu! kekekekke. tapi mudah jer, dgn pertolongan Officer Income Tax, 10min ajo! Kitaorg pegi kat bangunan LHDN yg baru kat Damansara Perdana tu, cantik betul bangunan tu!

Lobby LHDN

bangunan ni kat area Damansara Perdana, dari LDP dah nampak...
Ops, pada anda yg kata ‘Weh, income tax tutup bulan 4 lah!” . haa, utk org2 bisnes, komisyen earner macam insurans agent (saya lah tu), bukak kedai sendiri, kami ni isi Borang B, tarikh tutup 30 Jun.
Banyak kelebihan nya, duit minyak, tol, loan kereta , parking semuanya boleh tolak sebagai modal income tax.
Tapi kalau byk benar untung biz nya, jenuh gak nak lari income tax.

ada tempat khas utk buat E-Filing

laptop, printer semua tersedia. free of charge.
Pesanan terakhir dari Tax Officer yg kitaorg jumpa dlm lift, TAHUN DEPAN DTG AWAL !
hehehhehehe. sorry encik tax…tahun dpn bulan 1 saya dtg insyaallah~~~
Continued…
Posted in kerjaya sebagai insurans ejen.
Tagged with bangunan LHDN damansara perdana, buat e filing sendiri, income tax untuk businesman, tax malaysia, tax utk insurans ejen.
By nafnaf
– June 30, 2010
wah wah, encik pencuri ni, mesti pompuan ni. sbb kasut lain semua dia tak pandang, selipar bata aku juga dia nak! hampes
dahlah skang ni dah takde FLATS lain, suka gak BATA tu, boleh tahan lah bagus bata skarang ni.
Korang pakai ke high heels masa pregnant? setinggi mana? of course lah masa mula-mula ni aku tak berani nak pakai, maunya krem kaki. Tapi aku tahu ada orang yg pakai, ada doktor mahu komen?
last-last aku mengubat hati beli Clarks, mmg dari dulu dah berazam bila preggy nak pakai kasut yg PALING selesa dalam dunia. Dah lah kaki aku ni jenis melebar ke tepi – kaki platipus, so kebanyakan pumps yg bergaya mmg agak sakit bila pakai.
Tapi agak tak ceria juga lah bila pandang bawah, sbb kasut tu kaler hitam
saya suka kaler2 yg ceria . Maybe dah masuk 2nd trimester boleh beli kasut bertumit 2 inchi plak?

Posted in family, my thoughts.
Tagged with kasut sesuai masa pregnant.
By nafnaf
– June 24, 2010